PEMIKIRAN USMAN AWANG: PERJUANGAN
SOSIAL YANG TERUS RELEVAN
Shahrun Nizal Mohd.Nor
Pendahuluan
KARYA-KARYA Sasterawan Negara, Datuk (Dr.) Usman Awang telah banyak diperkatakan, baik dari segi intrinsik mahupun esktrinsiknya. Estetika karyanya yang indah serta pemikirannya yang sarat dengan suara kemanusiaan juga telah banyak dikaji. Sebagai seorang sasterawan, Usman awing dikenali sebagai insan yang romantik melalui pelbagai tenik dan
Usman Awang dianggap seorang pejuang sosial menerusi karya-karyanya yang memperlihatkan keprihatinannya terhadap isu-isu masyarakat. Antara tema yang sering dipaparkan dalam karyanya ialah tema nasionalisme, dan pembelaan nasib golongan bawahan. Pemikirannya jelas tanpa perlu disuluh lagi, seiring dengan penglibatan aktifnya dalam Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) yang memperjuangkan “Seni untuk Masyarakat”.
Usman Awang menulis dalam pelbagai genre, puisi, cerpen, novel dan juga drama. Dalam apa juga genre penulisan yang dihasilkannya, idiosinkrasinya sebagai seorang pejuang sosial tetap terserlah. Namun, perjuangan ini bukanlah bermakna beliau meminggirkan keindahan karyanya. Karyanya tetap indah dan bermakna sama ada beliau memperkatakan soal yang kecil mahupun soal yang besar dalam masyarakat.
Karya-karyanya telah memperlihatkan suara hati marhaen pada setiap dekad pengkaryaannya. Beliau berkarya sejak zaman sebelum kemerdekaan, zaman darurat (1948-1960) dan zaman pascamerdeka. Golongan marhaen yang dibela dan dihargainya yang dipancarkan melalui karya terlalu ramai. Antaranya ialah pejuang nasionalisme, buruh, anggota polis, nelayan, petani, mahasiswa, guru dan sebagainya.
Tulisan ini bertujuan memperlihatkan bahawa perjuangan sosial yang dilontarkan melalui pemikiran lewat karyanya sejak lebih 50 tahun lalu masih lagi relevan dengan tuntutan zaman kini. Perjuangannya masih lagi belum bernokhtah, biarpun roh dan jasadnya telah pergi meninggalkan kita. Perjuangan aspek sosialnya cukup luas, namun tulisan ini hanya akan memfokuskan perjuangan sosialnya dan beberapa aspek melalui karya-karya puisinya, iaitu perjuangan membangkitkan jiwa merdeka rakyat, perjuangan membela golongan pekerja bawahan, dan perjuangan memartabatkan bahasa.
Perjuangan Membangkitkan Jiwa Merdeka Rakyat
Pada zaman sebelum kemerdekaan, karya-karyanya dalam pelbagai bentuk mengandungi seruan yang membangkitkan semangat nasionalisme kepada rakyat. Sajak “Jiwa Hamba”, “Langit Tinggi”, “Aliran Hidup”, “Aku Sedar”, “Tanah Air” dan banyak lagi yang dihasilkan antara tahun 1949-1956 adalah antara sajak yang bertemakan semangat nasionalisme yang menyeru rakyat agar bangkit untuk membebaskan diri daripada belenggu penjajah. Buakn setakat seruan kemerdekaan daripada penjajahan kuasa asing yang diperkatakannya, bahkan beliau juga memperkatakan elemen menuju kemerdekaan, iaitu islah dalam diri (perubahan). Kemerdekaan tidak hanya akan tercapai hanya dengan kata-kata, seperti petikan sajak “Jiwa hamba” di bawah:
Kalau hidup ingin merdeka
Tiada tercapai hanya berkata
Ke muka maju sekata, maju kita
Melemparkan jauh jiwa hamba.
Ingatkan kembali kata sakti
Dari bahang kesedaran berapi
“Di atas robohan
Kita dirikan jiwa merdeka”.
Menurut Usman Awang dalam sajak tersebut, “kalau hidup ingin merdeka/ tiada tercapai hanya berkata/ ke muka maju sekata, maju kita/ melemparkan jauh jiwa hamba”. Sajak di atas ditulis pada tahun 1949, iaitu lapan tahun sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Selepas 49 tahun negara Malaysia mencapai kemerdekaan, apa yang diperkatakan oleh Usman Awang itu sememangnya benar, kerana sekiranya kemerdekaan negara ini hanyalah semata-mata bebas daripada penjajahan kuasa British, sudah tentu Malaysia tidak akan mencapai kemakmuran seperti yang dinikmati pada hari ini.
Usman Awang teruja dan kagum dengan ketokohan pejuang nasionalisme tanah air yang dianggap oleh pihak penjajah sebagai kumpulan berhaluan kiri, iaitu Dr. Burhanuddin Helmi. Oleh sebab itu, sajak di atas mengandungi petikan kata-kata Dr. Burhanuddin yang cukup terkenal dalam membangkitkan kesedaran rakyat dan membangkitkan jiwa merdeka rakyat, iaitu “Di atas robohan
Kebanyakkan negara yang dibebaskan oleh penjajah Barat seperti British, Belanda dan Perancis selepas Perang Dunia Kedua, khususnya negara-negara Asia dan Afrika tidak dapat membebaskan diri sepenuhnya daripada penjajahnya, khususnya pada awal kemerdekaan negara-negara tersebut. Hal yang demikian juga berlaku terhadap negara ini. Biarpun Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, soal pertahanan Negara masih lagi bergantung kepada British. Ini terbukti apabila angkatan tentera dan polis masih juga diketuai oleh pegawai-pegawai Inggeris. Hanya pada dekad 1970-an, baharulah kita tidak banyak bergantung kepada Barat.
Jiwa yang merdeka bagi sesebuah negara bererti negara itu sanggup melakukan sesuatu perubahan drastik demi mengecapi kemajuan. Pada tahun 1980-an, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketika itu melancarkan Dasar Pandang ke Timur, dengan menjadikan Jepun sebagai contoh untuk menjadi sebuah negara maju. Jepun dijadikan contoh kerana walaupun ekonomi negara itu musnah akibat Perang Dunia Kedua, namun Jepun bangkit semula menjadi sebuah negara perindustrian dan teknologi canggih.
Melalui kerjasama dua hala yang dipertingkatkan daripada dasar itu,
Sekiranya “jiwa merdeka” seperti yang diungkapkan oleh Usman Awang itu tidak diterapkan dalam jiwa rakyat negara ini, Malaysia mungkin masih ketinggalan dalam semua bidang atau senasib dengan negara-negara afrika yang masih belum mencapai kemajuan yang membanggakan, walaupun tahun kemerdekaannya tidak jauh daripada tahun kemerdekaan negara ini. Jelaslah bahawa pemikiran beliau tetap relevan dengan persekitaran masa kini.
Perjuangan Membela Golongan Pekerja Bawahan
Perjuangan Usman Awang banyak terarah kepada golongan bawahan seperti buruh, anggota polis berpangkat rendah, masyarakat yang ditindas dan sebagainya. Dan, pihak yang menjadi kecaman kritikannya ialah majikan yang hanya mengutamakan keuntungan dan mengabaikan kebajikan pekerja, golongan kenamaan serta sistem sosial kapitalis itu sendiri. Perjuangan membela golongan bawahan ini masih relevan sehingga kini.
Golongan buruh ialah golongan yang sering mendapat tempat di hatinya. Soal penindasan majikan terhadap golongan buruh; upah dan ganjaran yang tidak setimpal dengan tugas yang dilaksanakan, serta kebajikan sosial mereka yang diabaikan adalah antara perkara yang disentuh melalui karyanya, sama ada prosa mahupun puisi. Secara ringkas, dalam hal ini beliau memperjuangkan hal-hal yang berikut melalui karyanya:
· Kebajikan terhadap buruh perlu diberikan perhatian oleh pihak majikan
· Upah atau ganjaran yang diterima oleh buruh mestilah setimpal
· Hak pekrja untuk bersuaramelalui kesatuan sekerja.
Usman Awang memperlihatkan kesusahan hidup kaum buruh yang sering ditindas oleh majikan secara jelas melalui sajaknya yang bertajuk “Nasib Buruh”:
Melarat di sepanjang jalan hidup
Tidak kira, tubuh perit dipanggang suria
Tidak hirau, dingin hujan menyiram muka
Terus bekerja…terus pula menderita.
Di rumah anak-anak dan isteri muram durja
Apa untuk dimakan segalanya tiada
Pakaian compang camping
Namun…hidup diteruskan juga.
Kaum buruh yang diperjuangkan oleh Usman Awang ini tentulah bukan golongan yang bekerja sendiri, tetapi golongan yang bekerja dengan pihak lain untuk mendapat upah atau disebut sebagai makan gaji. Golongan ini termasuklah buruh yang bekerja dengan agensi kerajaan, pekerja industri dan pekerja ladang. Sekitar tahun-tahun 1950-an dan 1960-an dahulu, kebanyakan buruh ini bekerja di sektor perladangan, khususnya di ladang getah. Ladang ini pula kebanyakannya dipunyai oleh pemodal asing yang besar. Mereka lebih memikirkan soal keuntungan yang besar, berbanding soal kebajikan pekerja yang menjana keuntungan mereka.
Pada tahun tersebut sehingga beberapa dekad, pendapatan golongan ini masih kecil dan ketara. Sesudah hamper 50 tahun negara ini merdeka, apakh nasib mereka sudah terbela? Memang sudah ada perubahan khususnya melalui pelbagai dasar, dan bantuan, khususnya pendidikan yang diberikan oleh kerajaan. Banyak ladang yang dahulunya milik pemodal asing sekarang dimiliki oleh pemodal tempatan. Namun, hakikatnya pendapatan buruh ladang masih kecil sehingga pendapatan purata bulanan mereka berada di bawah aras kemiskinan negara, iaitu di bawah RM450.00. Hal ini masih diperjuangkan kesatuan sekerja berkaitan yang menuntut agar buruh ladang diberikan gaji minimum RM900.00.
Sajak-sajak seperti “Nasib Buruh” dan “Kaum Buruh” jelas memancarkan simpati dan sokongannya terhadap perjuangan kaum buruh untuk menuntut keadilan. Petikan sajak “Kaum Buruh” ini jelas menunjukkan sikapnya terhadap nasib golongan buruh.
Doa tidak bisa menyenangkan
Sedang kasihan hanya kelemahan
Sebab hidup sekarang diukur dari kekuatan.
Melihat tubuh dibaluti kafan,
Melihat tulang-tulang berkaparan
Bersatulah kaum buruh mencipta kekuatan.
Frasa “bersatulah kaum buruh mencipta kekuatan” adalah seruan yang jelas kepada kaum buruh agar memperjuangkan hak mereka secara sekata dan kolektif. Seperti kata pepatah, “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”, perjuangan kaum buruh ini dapat dilakukan melalui kesatuan sekerja.
Usman Awang juga mengapologikan sebuah sajak yang berjudul “Satu Mei” kepada kaum buruh. Tajuk sajak ini sudah menjelaskan bahawa sajak ini memang ditujukan kepada mereka kerana 1 Mei merupakan sambutan Hari Buruh (kemudian di kenali sebagai Hari Pekerja di Malaysia). Golongan buruh yang diperkatakan oleh Usman Awang dalam sajak ini ialah pekerja kontrak bangunan, pekerja kilang, dan pekerja lombong. Sumbangan kaum buruh dalam pembangunan negara diakuinya walaupun ganjaran yang mereka terima tidak setimpal dengan pengorbanan yang dicurahkan. Lihat petikan sajak “Satu Mei” di bawah:
………………
Merekalah mewarisi pusaka zaman
Seluar sehelai baju bertampal
Tikar buruk di sudut bangsal
Tulang selangka dapat dibilang
Mereka kini menyedari kekuatan diri
Mengubah wajah sebuah negeri
Menukar nama seorang menteri
Di matanya api di tangannya besi
Sebelum itu, Usman Awang telah menghasilkan sebuah sajak yang bertajuk “Buruh” yang ditujukan kepada buruh yang sedang berjuang.
Buruh
…………………..
Barisan yang sudah kebal dengan dugaan,
Dengan kekuatan waja tidak terlumpuhkan
Berpadu dalam satu barisan gagah
Kaum buruh yang insaf sederap mara ke depan
Sekali bergerak berontak melepas cekik
Untuk keadilan dari tulang dan penuh bertitik;
Demikian mereka penuh semangat sedang berjuang
Dan kita penuh hormat memberikan sanjungan.
1955
Mengapakah Usman Awang ketara memperjuangkan golongan buruh? Hal ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana jiwa senimannya yang sensitif dan bersimpati terhadap golongan yang tertindas. Ini bersesuaian dengan anutan perjuangan “Seni untuk Masyarakat” melalui ASAS 50 yang dianggotainya. Malah sebagai pekerja, Usman Awang pernah terlibat dengan peristiwa pemogokan terhadap majikannya iaitu Utusan Melayu semasa bertugas sebagai wartawan pada tahun 1961.
Pemogokan ini jugalah yang mencetuskan penciptaan cerpen “Sebuah Khemah Didirikan” pada tahun 1962 sebagai kritik sosialnya kepada majikan yang menindas buruh dan sebagai sokongannya terhadap kaum buruh untuk memperjuangkan kebajikan mereka. Dalam cerpen tersebut, mogok diadakan kerana pihak majikan tidak melayan tuntutan pekerja. Bukan setakat itu, majikan juga mengambil tindakan kuku besi dengan membuang pekerja yang terlibat dengan mogok.
Kini, masihkah berlaku pemogokan seperti itu? Suasana telah berubah, jika dahulu pihak pekerja tidak mempunyai tempat untuk mengadu, kini mereka mendapat hak yag lebih baik untuk bersuara. Malah sebarang pertikaian antara pekerja dengan majikan juga boleh diselesaikan melalui undang-undang. Hak pekerja juga dijamin oleh peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan. Namun, tindakan majikan yang dianggap menindas seperti yang pernah berlaku pada dekad-dekad awal dahulu masih lagi berlaku walaupun pada kadar yang rendah. Dan, penindasan ini lebih kerap dilakukan oleh pihak majikan terhadap pekerja bawahan. Antara tindakan yang sering dilaporkan, termasuklah melalui media
(i) Majikan lebih mengutamakan pekerja asing untuk mengoptimumkan keuntungan dan membuang pekerja-pekerja tempatan sedia ada.
(ii) Majikan tidak membuat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Kadang-kadang berlaku kecurangan apabila majikan memotong gaji pekerja tanpa pengetahuan mereka.
(iii) Kadar upah yang terlalu kecil dan tidak kompetitif.
(iv) Pembuangan kerja atas alas an yang terlalu kecil, tanpa pampas an
(v) Majikan lebih mengutamakan kaum-kaum tertentu untuk mengisi posisi kerja yang tinggi, walaupun daya saing atau prestasi pekerja kaum lain lebih baik.
(vi) Dipaksa bekerja pada hari cuti umum
(vii) Ganjaran upah lebih masa tidak dibayar mengikut kadar yang sepatutnya.
(viii) Tiada kemudahan perubatan untuk pekerja.
(ix) Pekerja beragama Islam tidak dibenarkan bersolat.
(x) Pekerja beragama Islam tidak dibenarkan menutup aurat
Berdasarkan “keluhan-keluhan” di atas, jelaslah bahawa pada masa kini, masih terdapat kecenderungan untuk menindas pekerja walaupun cara penindasan mereka sudah tidak hanya berkisar soal gaji seperti yang lebih diperjuangkan oleh golongan buruh pada dekad 50-an dan 60-an, dalam karya-karya Usman Awang. Justeru, perjuangan Usman Awang untuk peningkatkan taraf hidup buruh pekerja yang berpendapatan rendah tetap relevan pada masa kini masih terdapat penindasan kelompok ini oleh pihak majikan.
Golongan pekerja bawahan lain yang turut mendapat perhatian Usman Awang ialah anggota polis. Lewat karya cerpennya, “Kopral Tua” dan “Surat Dari Seorang Mata-mata”, Usman Awang dilihat memperjuangkan kebajikan golongan anggota polis berpangkat rendah. Dalam kedua-dua cerpen ini, terdapat watak yang memperkatakan tentang gaji anggota polis berpangkat rendah yang kecil.
Dalam cerpen “
Suatu hari Wak Dol membawa sebuah akhbar yang menyiarkan
penyata berkenaan gaji-gaji pegawai kerajaan.
“Gaji kita polis tidak juga berubah”, katanya kepadaku.
Cuma pegawai-pegawai tinggi dan orang yang telah hidup mewah sahaja yang berubah.”
Pada tahun 1962, iaitu 12 tahun kemudian, Usman Awang sekali lagi memperkatakan perkara yang sama melalui cerpennya yang bertajuk “Kopral Tua”. Dalam cerpen tersebut, Busu merupakan seorang sarjan polis mengeluh kepada rakannya, Mat dengan memperkatakan bahawa gajinya tidak mencukupi untuk menampung kehidupannya yang berkeluarga. Dengan gaji berjumlah RM170.00 pada masa itu, Sarjan Busu perlu menampung kehidupan isteri dan
Dalam tempoh 12 tahun, ternyata gaji anggota polei yang berpangkat rendah bolehlah dianggap rendah dan tidak setimpal dengan peranan mereka. Usman Awang mempunyai asas untuk membangkitkan persoalan ini kerana beliau pernah bertugas sebagai anggota polis antara tahun 1946 – 1951. Beliau juga mengetahui tentang hal ehwal semasa kerana bertugas sebagai wartawan mulai 1951 hingga 1962.
Jika pada tahun 1961, gaji seorang koperal ialah RM170.00, 44 tahun kemudian, iaitu pada tahun 2006, gaji seorang koperal termasuk elaun hanya memcecah RM1000.00. gaji yang diterima oleh anggota polis sekarang, berbanding 40 atau 50 tahun dahulu sememangnya lebih baik. Namun, gaji itu tidak pula dianggap lumayan, apatah lagi dengan kenaikan indeks kepenggunaan serta kenaikan barangan keperluan seperti minyak, told an sebagaimnya. Hal ini menyebabkan Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara yang baru dilantik peda bulan September 2006 yang lalu memperjuangkan kenaikan gaji dan imbuhan bagi anggota polis berpangkat rendah khususnya, dan seluruh anggota polis, amnya. Anggota polis yang berpangkat rendah ini bermula dari konstabel hingga ke sub-inspektor manakala anggota polis berpangkat tinggi bermula dari Inspektor hingga kepada pegawai. Sudah tentu permintaan ini ada asasnya kerana sebagai seorang Ketua Polis Negara, beliau lebih arif mengenainya.
Kenaikan gaji ini bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluan golongan tersebut, tetapi juga untuk mengelakkan anggota polis daripada terjebak dengan gejala rasuah. Disamping itu, kenaikan gaji ini dilihat dapat menarik golongan muda untuk menyertai pasukan polis, khususnya daripada golongan bukan bumiputera yang menjadikan alas an gaji sebagai satu factor penolak untuk tidak menyertai pasukan keselamatan. Jelaslah bahawa perjuangan Usman Awang terhadpa golongan tersebut masih lagi relevan dengan tuntutan semasa.
Perjuangan dalam Memartabatkan Bahasa
Selain memperjuangkan nasib golongan bawahan, Usman Awang juga turut memperjuangkan usaha-usaha pemartabatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa komunikasi. Sebagai indentiti dan jati diri bangsa yang merdeka, perjuangan memartabatkan bahasa Melayu adalah perjuangan yang perlu disahut semua orang, termasuklah sasterawan sepertinya. Perhatikan sajak yang berikut:
Bahasa Bonda
Tersusun indah menjadi madah
Jauh mengimbau menjangkau pulau
Ayuh beralun lembut membuai
Jauh meresap mendakap damai
Memercik api semangat bangsa
Meletus gemuruh menyadap segala
Menjadi alat perjuangan merdeka
Seribu tingkah membawa lagu
Mainan gadis diusik rindu
Senjata teruna menawan cinta
Pusaka rakyat pendukung bicara
Seribu bahasa kita bicara
Manakan sama bahasa bonda?
Sajak diatas yang bertajuk “Bahasa Bonda” selain sajak “Keranda 152” merupakan antara sajak penting yang dihasilkan oleh Usman Awang dalam memperjuangkan bahasa Melayu. Dalam sajak di atas, telah terangkum segala peranan bahasa Melayu; wadah komunikasi, wadah perjuangan kemerdekaan wadah cinta dan sebagainya. Perjuangan bahasa yang dimaksudkan di sini ialah perjuangan untuk memertabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Walaupun Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah menegaskan bahawa bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan, namun dari segi perlaksanaannya, masih banyak perkara yang perlu diperbaiki.
Usman Awang sedar Persekutuan Tanah Melayu (kemudian
Mereka Telah Bangkit
……………………….
Mereka sekarang telah bangkit
Di tengah-tengah gelombang zaman
Dari keperibadian yang telah ditindas
Untuk masa depan warisan keturunan
Dari BAHASA lidah zaman hidup kita
Kebangkitan ini pancang detik batu-tanda
Untuk pelaksanaan SATU BAHASA
Yang berdaulat menyinar mutiara.
Begitu juga nada tegas Usman Awang melalui sajaknya yang bertajuk “Malan di Balai Budaya” yang dicipta pada tahun 1967
Malam di Balai Budaya
MALAM itu di Balai Budaya
Api dan air mata
MALAM itu di Balai Budyaa
Seorang guru tua berbicara
Berarak ke parlimen, aku di muka
MALAM itu di Balai Budaya
Seorang pemuda berteriak
‘Ayuh mari kita berarak’
MALAM itu di Balai Budaya
‘Dada kami sedia dibakar’
Malam itu juga
Perlimen jadi pertanda
Memenggal leher BAHASA
Keranda 152
ANAK Melayu
Panas dadamu membakar baju
Kita arak keranda 152
Ke tanah perkuburannya parlimen
Sepuluh tahun nafas ini terhenti
Hari ini jangan lagi menyanyi
Sebentar lagi malam akan tiba
Tiap pintu dan jendela sudah dijaga
Baying-bayang tidak bisa lewat jalan raya
Anak Melayu
Namamu telah diseur
Jawablah sebelum lidah menjadi bisu
Persoalannya, sesudah 49 tahun Negara
Yang termaktub dalam Perlembagaan sememangnya tidak berubah. Namun sikap sesetengah pihak berkepentingan yang meremehkan peranan dan kepentingan bahasa Melayu dalampelbagai bidang di Negara ini ternyata telah melemahkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa ilmu dan bahasa rasmi. Kini, bahasa Melayu tidak lagi dijadikan sebagai wadah dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah apabila digantikan dengan penggunaan bahasa Inggeris. Hal ini berterusan dalam pengajaran sains di peringkat pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Inggeris dan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu wajib dipertahankan kerana ia adalah teras perpaduan rakyat
Perjuangan memertabatkan bahasa Melayu bukan milik ahli bahasa, budayawan dan sasterawan semata-mata. Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu juga bukan hanya diletakkan terhadap bangsa Melayu. Hakikatnya, perjuangan memertabatkan bahasa Melayu adalah milik bersama insane yang mengakui dirinya sebagai warganegara
Kesimpulan
Walaupun perjuangannya membela golongan bawahan ini agak sinonim dengan perjuangan politik fahaman sosialis, ini bukanlah bererti Usman Awang seorang penganut sosialisme. Dan protes, kritikan serta tegurannya kepada sang pemerintah pula bukan bererti beliau berada pada paksi pembangkang. Sebaliknya, perjuangannya adalah kerana beliau seorang yang memiliki nilai kemanusiaan yang tinggi, sehingga sanggup menentang arus untuk memperjuangkannya.
Biarpun Usman Awang telah pergi, namun karya-karya “bintang yang mengerdip” ini terus hidup dan bersuara. Perjuangan sosialnya melalui karya tetap relevan kerana ap-apa yang diperjuangkannya pada masa dahulu, masih lagi menuntut kesempurnaan untuk ditunaikan.
Rujukan
Pusat Dokumentasi Melayu, Bibliografi Usman Awang, 1998.
Dinsman dan Sutung Umar Rs., 1983. Sikap dan Pemikiran Usman Awang. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti.
Rozninah Azib, “Usman Awang dan Kuala Sedili” dalam Dewan Sastera, Februari 2002.
Usman Awang, 1981,. Degup Jantung.
Usman Awang, 1991. Gelombang.
Usman Awang, 1991. Puisi-puisi Pilihan Usman Awang.
No comments:
Post a Comment